"Eco Friendly" dan Organik Sah

Apakah yang Diperakui Organik?

Produk organik yang ditanam dan diproses tanpa penggunaan baja kimia, sintetik, atau GMO, hanya fokus tentang amalan alam sekitar.
Sistem organik adalah satu perladangan dan pengeluaran dengan kaedah yang inovatif, hanya tertumpu kepada kesihatan tanah dan keseimbangan eko-sistem. Teknik yang digunakan dalam pertanian organik menyediakan pelbagai faedah dan potensi mereka semakin diiktiraf dalam pembangunan makanan dan teknologi fiber pada masa depan.
Makanan organik bukan sahaja bebas daripada bahan kiamia. Petani organik turut mengambil pendekatan holistik untuk pengeluaran dan pengendalian makanan serta keseluruhan sistem dikaitkan dengan tanah, tumbuh-tumbuhan, haiwan, makanan, rakyat, alam sekitar dan kesihatan.

Mengapakah memilih sijil Organik?

Pengguna tidak dapat dijamin bahawa produk tersebut adalah organik melainkan jika ia memaparkan logo pengesahan organik seperti logo "Australia Certified Organik Bud".

Dengan adanya logo pengesahan organik dapat melindungi pengguna daripada tuntutan yang mengelirukan serta sebagai tanda produk tulen organik yang telah diaudit sepanjang rantaian pengeluaran dari paddock sehingga ke plat dengan mematuhi piawai organik yang ketat.

Apabila membeli produk yang memaparkan "Bud", pengguna adalah dijamin bahawa pembelian mereka adalah artikel yang sebenar. Barang yang memaparkan "Bud" dihasilkan dengan kesihatan dan kebajikan pengguna, haiwan dan alam sekitar.

Sijil Organik Australia (ACO) "Bud" logo adalah tanda organik terbaik untuk diiktiraf di Australia, dan muncul kira-kira 80% daripada produk di peringkat runcit.

Sentiasa melihat logo "Bud"!

Organik Australia Piawai (AOS) adalah pengesahan untuk produk organik dan biodynamic terbesar di Australia dan mempunyai lebih daripada 1500 pengendali dalam sistem pensijilan. AOS ialah anak syarikat milik penuh Peladang Biologi Australia (BFA) , merupakan sebuah organisasi yang bukan untuk keuntungan , ialah per badanan yang terkemuka di Australia serta menwakili dan mengembangkan kepentingan untuk lebih daripada 3000 petani industri organik, pengeluar, pengendali, pemproses dan peniaga.

Aos telah memaparkan permintaan bagi pengendali yang ingin mendapat pensijilan. Ini adalah termasuk rekod yang dikehendaki, input yang dibenarkan, dan amalan minimum yang diperlukan.

Akhirnya, pensijilan AOS membenarkan pengendali menggunakan logo "Bud" yang merupakan jaminan untuk pelanggan intergiti organik.

Ia merupakan piawai organik yang hanya memberikan tanggungjawab untuk status organik dari "paddock" hingga "plat" bagi industri organik di Australia. Dalam kriteria organik, piawai juga termasuk pensijilan untuk sistem pengeluaran biodynamic serta kriteria untuk pendaftaran input produk pertanian.

BFA menpunyai 12 Teknikal Sub-Jawatankuasa bebas yang terdiri daripada ahli BFA, dan pakar-pakar lain. Jawatankuasa akan menasihati BFA apabila pindaan bagi Piawaian dan isu-isu dasar lain yang berkaitan diperlukan . Proses ini merupakan proses perundingan yang ketat demi memastikan piawaian kekal berkualiti tinggi dan boleh dicapai.

Terdapat beberapa kejadian AOS terlanjut daripada permintaan oleh AQIS (Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Australia), tetapi membawa kebaikan yang bukan sahaja meningkatkan kemampanan sistem itu sendiri, tetapi kualiti integriti produk juga turut dipertingkatkan. Maka, pelanggan dari tempatan ataupun antarabangsa dapat membezakan perbezaan produk dan permintaan bagi produk yang berlogo "Bud" turut akan bertambah.

 

"Australia mempunyai persekitaran yang bersih dan hijau yang dicemburui oleh kebanyakan negara di seluruh dunia. Oleh sebab Australia mempunyai banyak jenis sumber asli dan rumus produk yang unik, maka, barangan buatan Australia semakin popular dan mendapat iktiraf di seluruh dunia."