Kelulusan TGA

 

Apakah TGA?

TGA , Pentadbiran Barangan Terapeutik iaitu salah satu bahagian dalam Jabatan Kerajaan Australia Kesihatan dan Penuaan, yang bertanggungjawab untuk mengawal seliaan barangan terapeutik termasuk ubat-ubatan, peralatan perubatan, darah dan produk darah. Ini termasuk juga barang-barang yang kita bergantung pada setiap hari, atau melalui barang-barang yang digunakan untuk merawat keadaan yang serius, ubat-ubatan preskripsi, vaksin, produk darah dan implan.

Pada asasnya, mana-mana produk bawah tuntutan terapeutik mestilah sama ada disenaraikan, didaftarkan atau dimasukkan dalam Daftar Australia Barangan Terapeutik (ARTG) sebelum ia boleh dibekalkan di Australia.

TGA menilai barangan terapeutik sebelum barangan tersebut dipasarkan dan produk juga akan dipantau apabila meraka di pasaran, dinilai tentang kesesuaian ubat-ubatan dan peralatan perubatan untuk eksport dari Australia.

TGA juga akan mengawal selia pengeluar barangan terapeutik untuk memastikan mereka memenuhi piawai kualiti pembuatan. TGA mempunyai satu pasukan pemeriksa perkilangan untuk mengaudit kemudahan perkilangan di seluruh dunia untuk memastikan produk yang dibekalkan di Australia adalah berkualiti tinggi.

TGA mentadbir Akta Barangan Terapeutik 1989. Undang-undang unu menyediakan satu rangka kerja bagi pengurusan risiko yang membolehkan masyarakat Australia mempunyai akses yang tepat oada masanya dengan barang-barang terapeutik yang berkonsistent selamat, berkesan dan berkualiti tinggi.

Kerjasama antara TGA dengan pengguna,professional kesihatan, industri, dan rakan-rakan lain di peringkat antarabangsa adalah untuk mengawal selia produk yang semakin kompleks disebabkan oleh perkembangan pesat sains yang berkesan.

Rujukan : http://www.tga.gov.au/index.htm

 

"Australia mempunyai persekitaran yang bersih dan hijau yang dicemburui oleh kebanyakan negara di seluruh dunia. Oleh sebab Australia mempunyai banyak jenis sumber asli dan rumus produk yang unik, maka, barangan buatan Australia semakin popular dan mendapat iktiraf di seluruh dunia."